kini sudah masuk minggu ke 20 aku mengandungkan cahaya mata ku...alhamdulillah...segalanya berjalan lancar. Aku bertambah sihat dan gembira dari hari ke hari. Walaupun pada mulanya aku mengalami alahan seperti muntah-muntah, pening dan demam, namun aku tetap bersyukur kerana inilah nikmat menjdai seorang ibu. Mana tidaknya, orang baru akan hadir dalam hidupku...Tak sabar rasanya menanti kelahirannya.
Apabila melihat gambar scan, hati aku berbunga riang...agaknya ikut muka sapa la anak ku ni...muka umi nya ke...ayahnya....namun aku tidak kisah, asalkan bayiku sihat, normal, sempurna....tidak kirlah lelaki atau pun perempuan...ini ada beberapa gambar yang aku scan untuk dikongsi bersama...gambar dia atas semasa usia kandunganku 5 minggu...hanya namapk kantungnya sahaja...gambar yang kedua semasa usianya 10 minggu...sudah nampak bentuk bayiku
kandunganku berusia 20 minggu..sudah terbentuk jari-jemarinya,kakinya,kepalanya...paling menggembirakan hati, dia sudah aktif bergerak...

