syurga duniaku

mALaM pErTAMA di sYuRgA...

TAMAN-TAMAN SYURGA...
Allah menciptakan perkara-perkara luar biasa indahnya dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertaqwa sehingga Nabi Muhammad SAW menggambarkan di syurga itu terdapat apa-apad yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengari oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

di syurga Allah menciptakan taman-taman yang indah bagi penghuninya. terdapat dua bentuk taman di syurga sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
       1.   dua taman yang dicipta oleh Allah dari perak dengan segala apa yang ada padanya.
       2.   Dua taman yang dicipta oleh Allah dari emas dengan segala apa yang ada padanya.
                                                                                          (HR Bukhari Muslim)
pada taman-taman ini terdapat bermacam-macam buah-buahan saman ada kurma, delima, air mata air dan sungai yang terus-menerus mengalir airnya dengan tenang.

apabila angin berhembus lalu menyentuh ddaun dan ranting, makan akan terdengar desiran yang amat merdu pula. sehingga tidak dapat dibanding manakah yang lebih merdu antara suara bidadari2 atau bunyi desiran pohon2 tersebut.

At-Tabrani menriwayatkan bahawa di taman-taman tersebut ada pohon-pohon yang rendang, besar, tinggi dan luas. bila bidadari menyanyi di bawahnya, daun-daun dan rantingpohon-pohon itu bergerak sambil mengeluarkan bunyi-bunyian yang amat merdu pula.

No comments: