baru-baru ini minat mengait datang lagi...seiring dengan kandunganku yang semakin membesar, aku meneruskan kegiatan aku ini sempena menyambut kelahiran puteriku. seperti biasa, aku mendapat ilham daripada blog2 dan youtube...pattern yang menarik perhatianku ialah beg kait. antara beg kait yang aku suka ialah menggunakan kaedah granny square..kaedah ini memerlukan banyak keping granny square sebelum mencantumkannya...di sini aku sertakan gambar-gambar yang aku download dari internet...
ini adalah anatara beg yang menggunakan kaedah granny square..
disebabkan terlalu teruja melihat design beg ni, aku pun mulalah operasi mengait dengan tekun sekali. sampai bawak ke sekolah untuk siapkan beg kait ni...aku meninjau cara-cara mengait granny square dalam youtube,...alhamdulillah...akhirnya berjaya jugak aku menguasai cara granny square....selepas berjaya menyiapkan beberapa keping granny square, aku mencantumkannya mengikut kreativiti aku....so inilah hasilnya....
inila hasil daripada cantuman granny square yang berjaya aku siapkan
ini pula beg pelangi..hasil kreativiti yang diilhamkan daripada youtube
alhamdulillah...akhirnya siap juga beg kait ni...lepas ni nak rest jap...then sambung plak...design apa plak lepas ni...kena tunggu....aku tengah siapkan bb hat...tak taula padan ke tak ngn bb aku nanti...
ini antara hasil yang berjaya aku siapkan...topi yang paling aku suka yang berwarna biru...sebab benang tu ada 2 colors...susah nak cari benang ni...
cukup setakat ini sajela yang boleh aku pamerkan...mungkin pada masa akan datang aku publish lagi hasil kraftanganku ini....=)


